Senarai Blog Saya

Kawan-kawan THE SECRETHIO

Masa Itu Ikan Emas


Get your own Digital Clock

Jumaat, 8 Jun 2012

Pesanan Buat Wanita!

Assalamualaikum semua blogwalking 'THE SECRETHIO". Hari ni zatty nak kongsi ilmu lagi! =D Tapi ni khas untuk blogwalking dari kaum hawa. Ilmu pasal apa? Pasal Kelebihan Wanita! Yes, mungkin korang dah tau kelebihan-kelebihan ni kan. Tapi zatty nak kongsi jugakk!! Hehe. Bergelar seorang perempuan, wanita, hawa, dan dara rasa macam banyak sangat beban kena pikul kan? Ye lah, bila dah jadi perempuan ni semestinya kerja-kerja kat dapur tu macam tempat tidur kedua je kan. Bukan setakat kat dapur, satu rumah pun kita yang kena sapu, kain kita kena jemur dan lipat. Everything P.E.R.E.M.P.U.A.N. ! Rasa macam erghh kenapa perempuan kena buat semua kerja? Kenapa? Sebab Allah sayangkan perempuan. Dan Dia dah sediakan banyak kelebihan untuk kita. ='D  Lets start!

Jika anda seorang WANITA!

1) Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang wali.

2) Seorang wanita jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki jahat.

3) Wanita yang menguli tepung dengan "Bismillah" Allah akan berkatkan rezekinya.

4) Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu Baitullah.

5) Seorang wanita yang solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki orang lelaki yang solehah.

Jika anda seorang ISTERI!

6) Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang sedang marah, Allah beri padanya setengah pahala jihad.

7) Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih, lalu si isteri melayan suaminya dengan baik maka akan dikurniakan pahala jihad.

8) Seorang isteri yang berjaga malam kerana menjaga ahli keluarganya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9) Isteri dan suami yang melihat pasangannya dengan kasih sayang, maka Allah akan memandang mereka dengan pandangan rahmat.

10) Wanita yang mendorong dan menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah, kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan akan menjadi ketua kepada 70 ribu malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga dan akan menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata yaqut.

11) Wanita yang menjaga solat, puasa, dan taat pada suami maka Allah akan mengizinkannya masuk syurga melalui mana-mana pintu yang dikehendakinya.

12) Seorang isteri yang melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

13) Wanita yang mengurut suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 dulang emas manakala setelah diminta akan mendapat pahala 7 dulang perak.

14) Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan masuk syurga.

15) Mengenai layanan terhadap suami, Rasulullah S.A.W. bersabda kepada anaknya Fatimah yang bermaksud : " Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, memotong kukunya, maka di akhirat dia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan akan diringankan seksaan ketika Sakaratulmaut, dan apabila di dalam kubur dia perolehi taman-taman syurga dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi titian sirat tanpa menempuh kesusahan".

Jika anda seorang IBU!

16) Pahala bagi wanita hamil seperti berpuasa pada siang hari dan seperti beribadat pada malam hari.

17) Dua rakaat solat yang dikerjakan wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita tidak hamil.

18) Wanita yang memberi susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada tiap-tiap susu yang diberikannya.

19) Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menangis di waktu malam dengan sabar, dia akan mendapat pahala satu tahun solat dan puasa.

20) Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya. Kemudian apabila dia menghiburkan hati anaknya Allah akan memberinya 12 tahun pahala ibadah.

21) Seorang wanita yang menyusui anaknya sampai 2 suku tahun maka malaikat di langit akan datang membawa khabar gembira bahawa syurga wajib baginya.

22) Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan "Bismillah" didoakan oleh binatang itu dengan keberkatan.

23) Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa. Manakala setiap kesakitan pada uratnya akan diberi pahala satu haji.

24) Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin akan dikira sebagai mati syahid.

25) Nabi S.A.W bersabda "Seorang wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya redha pula kepaadanya, maka Allah akan tambahkan lagi pahala puasa fisabilillah. Bila dia merasa sakit ketika hendak melahirkan anak dan dia menyusukan anaknya dengan susunya sendiri, maka Allah akan berikan satu kebajikan bagi setiap teguk susunya. Jika dia semalaman tidak tidur kerana menjaga anaknya yang menangis, sakit dan sebagainya maka Allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam fisabilillah dengan ikhlas". (Hadis Riwayat : Hassan bn Sofwan, At-Tabrani, Ibnu Asakir)

Amacam? Best tak jadi wanita? Confirm rasa tak nak dan takkan buat operation nak jadi lelaki kan. ^_^ Makin besar peranan kita, makin banyak pahala yang Allah bagi. So, bersyukurlah dengan apa yang Allah bagi. No regret kayy! Ada sebab kenapa Allah jadikan kita ni sebagai wanita. Hope you all will enjoy and happy reading! Wassalam. 


"Sure God created man before woman.
But then you always make a rough draft before the final masterpiece."
Women are always beautiful. ;D



Dah Intai "THE SECRETHIO"? Jom Klik Like. TY! ^_^

12 ulasan:

ridoma berkata...

seindah hiasan dunia adalah wanita solehah..

Zatty Lutfi berkata...

setuju ;)

Nadiaafarhanaa berkata...

wanita adalah hiasan Allah ciptakan indah :)

Zatty Lutfi berkata...

And you are one of them Nadia Farhana ;D

Fienazzuki berkata...

nice background
I like it!

datang terjah sini
awak tinggal jejak di comment group dekat post saya

Cart Kartika berkata...

nice sharing dear.. be good muslimah ok..

Yu. Syamz berkata...

muslimah yang baik akan menjaga maruahnya tidak kira di mana posisinya..:)...be a good muslimah...insyaAllah Allah bersama kamu!...^_^

salam ziarah

Zatty Lutfi berkata...

Fienazzuki, i thank you! ;))

Kartika, insyaallah. Pray for me kay dear. :) ty for visit.

Permata, setuju! Insyaallah. :')

ⒷⒽⒶⒾ ⒸⓄⓄⓁ berkata...

hurmmm , x de pesanan ke kt lelaki ni , hahahaa :D

Zatty Lutfi berkata...

Bhai nak ke? Haha. Nanti zatty buat insyaallah. :)

miss chillax berkata...

:')
thankyou awk. entry awk ni buatkan kite lebih rajin nak sapu sampah. sobsob...terharunya.. betapa ALLAH sayangkan kaum hawa.

Zatty Lutfi berkata...

Hehe moh ler kita sapu sesama ye. ;)