Senarai Blog Saya

Kawan-kawan THE SECRETHIO

Masa Itu Ikan Emas


Get your own Digital Clock

Rabu, 4 Julai 2012

Aku Rindukan Muhammad S.A.W

Assalamualaikum. Aku rindukan Muhammad S.A.W. Aku ingin sekali melihat wajah sucinya. Terasa diri ini terlalu hina untuk aku meluahkan rasa rinduku padamu ya Muhammad S.A.W. Aku berasa tidak layak untuk merindui dan menyayangimu. Ya Muhammad SAW, sudikah kau memandang wajahku yang hina ini di akhirat kelak walaupun sekilas? Sudikah kau membantuku di akhirat kelak, ya Muhammad SAW? Layakkah aku meminta syafaat darimu ya Muhammad S.A.W? *Aku menangis* Ya Allah..... Kini baruku sedar tentang dosa-dosaku yang menggunung. Dosaku terlalu banyak Ya Allah. Kau ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah. Aku merayu. *Dan sekali lagi air mataku jatuh ke bumi* Ya Muhammad, kau terlalu mulia dan terpuji sehinggakan detik-detik terakhirmu di bumi Allah ini kau masih memikirkan umatmu. Kau masih bertanyakan pada Jibril apa yang akan terjadi pada umatmu. Lalu Jibril berkata "Aku pernah terdengar Allah berkata : Ku haramkan syurga kecuali untuk umat Nabi Muhammad". Begitu mulianya dirimu wahai kekasih Allah sampaikan detik terakhirmu kau masih mengkhuatirkan kami. Sungguh aku malu dgn diriku ini ya Allah. Ya Allah.... Aku mohon padaMu agar kau pertemukanlah aku dgn kekasihMu. Aku benar-benar merinduinya. Sungguh, meskipun berkali-kali aku melihat video tentang kewafatanmu, tidak pernah sekali air mata ini tidak terjatuh ke bumi. Bayangkan, kekasih Allah sendiri merasakan kesakitan yang amat ketika sakaratul maut, bagaimana pula dengan diri ini? Ya Allah, kau ampunkanlah dosa-dosaku. ;'((


Zatty harap korang dapat LUANGKAN MASA SELAMA 7 MINIT SAHAJA UNTUK MENGHAYATI VIDEO "Detik-Detik Pemergian Rasullulah" kat bawah ni. Terima kasih.


video


Dah Intai "THE SECRETHIO"? Jom Klik Like. TY! ^_^

Ahad, 10 Jun 2012

Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia?

Assalamualaikum sweetheart! Zatty bukan nak buat entry pasal ayam ataupun kaki ayam. Tapi zatty nak cakap pasal TUAH!!! Siapa yang bertuah? Kenapa tiba-tiba bertuah? Sebabnya dulu zatty dah niat, siapa yang jadi follower zatty yang ke-100 zatty nak bagi dia hadiah. Tak kira la dia lelaki ke perempuan. :D So sekarang, follower zatty dah pun lebih dari 100. Alhamdulillah. And siapa yang bertuah tu? :)) Nama blog dia Miss Chillax. Congrats Miss Chillax! ;) http://misschillax.blogspot.com/ Seperti yang di janjikan, zatty ada hadiah untuk awak. Kalau nak, sila contact zatty ye. ;) Yang lain-lain jangan frust kayy. Zatty ada lagi nombor bertuah. Tapi tak boleh la bagitahu nombor berapa. Tak surprise la kan. Hehe. Kalau korang nak tau, rajin-rajin la BLOGWALKING blog zatty kayy? Mana tau tuah korang pulak kan. Hehe. Byee! Wassalam.
Dah Intai "THE SECRETHIO"? Jom Klik Like. TY! ^_^

Jumaat, 8 Jun 2012

Pesanan Buat Wanita!

Assalamualaikum semua blogwalking 'THE SECRETHIO". Hari ni zatty nak kongsi ilmu lagi! =D Tapi ni khas untuk blogwalking dari kaum hawa. Ilmu pasal apa? Pasal Kelebihan Wanita! Yes, mungkin korang dah tau kelebihan-kelebihan ni kan. Tapi zatty nak kongsi jugakk!! Hehe. Bergelar seorang perempuan, wanita, hawa, dan dara rasa macam banyak sangat beban kena pikul kan? Ye lah, bila dah jadi perempuan ni semestinya kerja-kerja kat dapur tu macam tempat tidur kedua je kan. Bukan setakat kat dapur, satu rumah pun kita yang kena sapu, kain kita kena jemur dan lipat. Everything P.E.R.E.M.P.U.A.N. ! Rasa macam erghh kenapa perempuan kena buat semua kerja? Kenapa? Sebab Allah sayangkan perempuan. Dan Dia dah sediakan banyak kelebihan untuk kita. ='D  Lets start!

Jika anda seorang WANITA!

1) Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang wali.

2) Seorang wanita jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki jahat.

3) Wanita yang menguli tepung dengan "Bismillah" Allah akan berkatkan rezekinya.

4) Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu Baitullah.

5) Seorang wanita yang solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki orang lelaki yang solehah.

Jika anda seorang ISTERI!

6) Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang sedang marah, Allah beri padanya setengah pahala jihad.

7) Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih, lalu si isteri melayan suaminya dengan baik maka akan dikurniakan pahala jihad.

8) Seorang isteri yang berjaga malam kerana menjaga ahli keluarganya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9) Isteri dan suami yang melihat pasangannya dengan kasih sayang, maka Allah akan memandang mereka dengan pandangan rahmat.

10) Wanita yang mendorong dan menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah, kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan akan menjadi ketua kepada 70 ribu malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga dan akan menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata yaqut.

11) Wanita yang menjaga solat, puasa, dan taat pada suami maka Allah akan mengizinkannya masuk syurga melalui mana-mana pintu yang dikehendakinya.

12) Seorang isteri yang melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

13) Wanita yang mengurut suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 dulang emas manakala setelah diminta akan mendapat pahala 7 dulang perak.

14) Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan masuk syurga.

15) Mengenai layanan terhadap suami, Rasulullah S.A.W. bersabda kepada anaknya Fatimah yang bermaksud : " Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, memotong kukunya, maka di akhirat dia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan akan diringankan seksaan ketika Sakaratulmaut, dan apabila di dalam kubur dia perolehi taman-taman syurga dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi titian sirat tanpa menempuh kesusahan".

Jika anda seorang IBU!

16) Pahala bagi wanita hamil seperti berpuasa pada siang hari dan seperti beribadat pada malam hari.

17) Dua rakaat solat yang dikerjakan wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita tidak hamil.

18) Wanita yang memberi susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada tiap-tiap susu yang diberikannya.

19) Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menangis di waktu malam dengan sabar, dia akan mendapat pahala satu tahun solat dan puasa.

20) Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya. Kemudian apabila dia menghiburkan hati anaknya Allah akan memberinya 12 tahun pahala ibadah.

21) Seorang wanita yang menyusui anaknya sampai 2 suku tahun maka malaikat di langit akan datang membawa khabar gembira bahawa syurga wajib baginya.

22) Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan "Bismillah" didoakan oleh binatang itu dengan keberkatan.

23) Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa. Manakala setiap kesakitan pada uratnya akan diberi pahala satu haji.

24) Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin akan dikira sebagai mati syahid.

25) Nabi S.A.W bersabda "Seorang wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya redha pula kepaadanya, maka Allah akan tambahkan lagi pahala puasa fisabilillah. Bila dia merasa sakit ketika hendak melahirkan anak dan dia menyusukan anaknya dengan susunya sendiri, maka Allah akan berikan satu kebajikan bagi setiap teguk susunya. Jika dia semalaman tidak tidur kerana menjaga anaknya yang menangis, sakit dan sebagainya maka Allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam fisabilillah dengan ikhlas". (Hadis Riwayat : Hassan bn Sofwan, At-Tabrani, Ibnu Asakir)

Amacam? Best tak jadi wanita? Confirm rasa tak nak dan takkan buat operation nak jadi lelaki kan. ^_^ Makin besar peranan kita, makin banyak pahala yang Allah bagi. So, bersyukurlah dengan apa yang Allah bagi. No regret kayy! Ada sebab kenapa Allah jadikan kita ni sebagai wanita. Hope you all will enjoy and happy reading! Wassalam. 


"Sure God created man before woman.
But then you always make a rough draft before the final masterpiece."
Women are always beautiful. ;D



Dah Intai "THE SECRETHIO"? Jom Klik Like. TY! ^_^

Rabu, 6 Jun 2012

Issit To Hard To Get New FollowerSssssss??

Assalamualaikum semua! Okai zatty tak nak taip panjang-panjang. Frust! Sebab entry ni sepatutnya dah post tapi tah macam mana boleh HILANG! ;'( Sedih! Okai watlek. =D Zatty nak tanya, ada tak korang korang korang pernah cakap macam ni "Asal aku tak dapat-dapat follower ni?!! Nak kata blog aku ni tak cantik, dah habis make up dah ni! Issit to hard to get new follower?? Aku tengok blog orang lain senang je dapat follower. Dah bepuluh-puluh, beriban-riban dah! Hari-hari ada je follower baru! Aku follow orang, bukannya diorang nak follow balik! Eii, bangang bengang betul la!! Penat je buat blog ni! Deactived la!!" Haa, ada tak yang cakap macam ni? Adaa?? Angkat tangan! Hehe. For my lovely blogwalking, zatty buat entry ni bukan nak menunjuk yang zatty ni dah bagus sangat nak bagi tips kat orang. Takk kayy. Zatty cuma nak kongsi je dengan korang. :)) Okai, let discuss. 

SEBAB-SEBAB BLOG TAK DI FOLLOW :


1- Anda seorang yang sombong. *nak tunggu orang follow je, tapi tak nak follow balik*

2- Anda seorang yang penipu. *cakap done follow, tapi follower tak bertambah pun*

3- Blog anda berat. *lama gila loading, babe orang kita tak suka tunggu lama-lama kayy*

4- Blog anda serabut. *crowded dengan widgetsss yang tak penting. Cth: gambar kartun*

5- Blog anda tak de button follow/join this site/sertai tapak ini. *penting sangat! Dinasihatkan letak   dua-dua kayy*

6- Blog anda private! *i`m in this situation*

Setakat ni, tu je yang zatty tau sebab-sebab blog tak di follow. Macam mana zatty tau? Belajar dari pengalaman la. Hehe. Zatty pun pernah kena juga kayy. =(

Okaii sekarang zatty nak kongsi dengan korang macam mana cara nak dapatkan follower dengan cepatt!!

1- On lappy dulu ye! =D

2- Online fesebuk.

3- Add page ni : Blog Kite-Kite Je , Hotspot Blogger , Blogger Sana Sini

4- Tunggu admin page tu approve.

5- Kopipess link korang kat page tu + ayat-ayat cinta manis korang! Cth :" I FOLLOW YOU, YOU FOLLOW ME" *baru orang nak follow*

DAH SIAP! Lepas ni goyang kaki je la tunggu new followerssss kan. Hehe. 

Untuk pengetahuan korang, apa yang zatty kongsikan tu, tu yang zatty buat. Alhamdulillah makin hari ada je muka baru. Tapi tak de la beriban pun. At least bertambah la juga kan. Hehe. Mana tau one day berjuta follower. Jangan perasan la zatty oii. Hehehe. 

Nak tau tak, dulu followers zatty sikit je. This is!

Ha ni la wajah-wajah comel yang sudi jadi follower saya.
Thanks guys! 



Ni pulak followers zatty yang sekarang.
Ohsem kan. ;')
Tak sangka!


Hehe. Tak la ramai macam korang, tapi alhamdulillah! =D

Okai, yang bawah ni pulak contoh post zatty kat salah satu page blogger tu. And that was my ayat-ayat cinta manis. Jangan curi kayy. Hehe. 


Tysm pada yang follow back kayy!


That`s all for todayy! Pada yang sudi baca dan ikut perkongsian zatty ni, i thank you so much! Nanti kalau perkongsian ni menjadi, tell me kayy! Bye blogwalking! Wassalam.



Dah Intai "THE SECRETHIO"? Jom Klik Like. TY! ^_^

Ahad, 3 Jun 2012

*Ohsem* Live Potrait !

Assalamualaikum blogwalking!Anda-anda semua khabar baik ke? Eh senyum-senyum pulak dia. Tak sabar nak baca entry baru zatty eh? perasan! Haha. Okai. Hari ni zatty nak kongsi dengan korang semua pasal live potrait zatty. Live potrait ni dah lama dah zatty buat, cuma masa tu tak de blog lagi. So, nak cerita pun tak tau la nak cerita dengan siapa. Sekarang korang dah ada! So boleh la kongsi-kongsi siniiii kann? ^_^ Zatty buat live potrait ni saje je suka-suka. Sebab dah biasa snap pitcha, so nak la lain dari yang lain sikit. Hehe. This live potrait was very sweet memory for me either. It`s was fun! Masa pelukis tu nak lukis muka zatty memang rasa kekok la sebab nak kena senyum 24 jam kan. Memang macam patung. Malu pun ada! Sebab ramai yang tengokkk. Dah rasa macam retis gitu. Hehe. Tapi live potrait punya pasal. Berkorban la. ;) Abang munif! Yes, tu nama pelukis potrait zatty. I thank him so mucho la sebab sudi lukis wajah comel cun lawa gojes comot zatty ni kat karnival UiTM Jengka tu. Hihi. Nak tengok tak? Jommm kita terjah! 


Yang ni baru nak mula lukis


Abang Munif cakap "senyum la sikit" Hehe.
Penat oo.


Saya pemalu orangnya!

Okai dah nak siapppp!


Tadaaaaa! Comot kan?

Tengok, still pakai name tag UiTM tu. :D


Okai, ini la hasilnya.
This is my ohsem live potrait.
Ada apa-apa nak comment? Hehe.









Dah Intai "THE SECRETHIO"? Jom Klik Like. TY! ^_^

Ahad, 27 Mei 2012

Hey, I`m 20 ! -Birthday girl-

Assalamualaikum. Hari ni berapa hari bulan? Cepat tengok kalender! 27 Mei kan. Ada lagi ke yang tak tahu hari ni birthday zatty? Haha. Gaya macam popular sangat je kan. Hey, today is my birthday la. My birthday tau. Hehe! Alhamdulillah, hari ni genap umur zatty yang ke 20 tahun. Umur yang paling digeruni oleh semua makhluk-makhluk bumi yang berumur 19. Hehe. Kenapa digeruni? Ye lah, cuba korang bayangkan umur korang dah masuk puluhan! Bukan belasan lagi tau. Mesti rasa macam "Ya Allah, tua nya aku!". Kan? Tapi memang la, tak di nafikan yang kita ni makin tua, makin berumur, makin berkedut. Makin dekat je dengan panggilan Allah. Satu hakikat yang kita tak boleh elakkan walaupun kita waachaaa sekalipun. =) Zatty buat entry ni special untuk kawan-kawan zatty yang ingat kat zatty dan sudi doakan zatty. Entry ni khas untuk korang! ^_^ Walaupun fesebuk yang ingatkan Haha. Tapi zatty appreciate sangattt! At least korang sudi post kat wall zatty. Aii, post je? Hadiah tak de? Haha. And last but not least, thanks for my sang arjuna sebab dia sentiasa jadi orang pertama yang wish happy birthday kat zatty. =D Walaupun dia tak dapat wish face to face sebab sibuk punya pasal, tapi zatty bersyukur dan happy sesangat sangat dapat wish dari dia. Thanks sayang! (Adoi, bercengkerama pulak kat sini. HAHA) Okai, dah. Jom tengok all the wishes daripada membe zatty kat fesebuk. Jom jomm. 















Dah Intai "THE SECRETHIO"? Jom Klik Like. TY! ^_^

Khamis, 24 Mei 2012

DOA Nampak Makanan vs DOA Ketika Hendak Makan. Ada beza eh?

Assalamualaikum BlogWalking! Mesti ramai yang dah macam sigh lepas baca tajuk entry zatty ni kan. Dah tau eh? *FINE* Haha. Takde la. Zatty tau ramai yang dah tau beza pasal doa-doa tu kan, tapi zatty assume ramai juga tak tau. Pada yang dah tahu tu jangan click button "X" dulu. Baca dulu, maybe ada yang korang tak tahu sebab banyak ilmu yang zatty nak kongsi ni tau. First of all, zatty akan terangkan beza doa-doa tu dengan cara 2 in 1 (By step). Tak paham la zatty. Okai, chill. Just continue reading okai? ^_^

ADAB-ADAB MAKAN :

1) Sebelum nak makan, make sure makanan tu HALAL & BERSIH tau. Bukan BERSIH 3.0 tu. Haha. No politik please. =D

2) Bila korang dah NAMPAK makanan, baca doa ni "Allahumma bariklanaa fimaa rozakhtanaa wakinaa azaabannar".
Maksudnya : "Ya Allah, berkatilah rezeki yang telah Engkau limpahkan kepada kami, dan peliharalah kami daripada azab neraka".

3) Lepas baca doa tu, korang dah rasa nak pelahap kan? Eh, belum boleh makan lagi! Baca doa KETIKA HENDAK MAKAN ni dulu "Bismillahi waa'laa barakatillah"
Maksudnya : "Dengan nama Allah, berkatilah ke atas makanan ini".

4) Biar kita yang tunggu makanan, bukan makanan tunggu kita. (sunnah Nabi S.A.W.)

5) Seelok-eloknya, makanlah secara berjemaah ye. (at least 2 orang)

6) Masa makan tu kena duduk! (sebaik-baiknya sunnah Nabi S.A.W.)

7) Kalau ada buah, seelok-eloknya makan buah dulu & jangan lupa baca doa tau. (sunnah Nabi S.A.W.)
Doa makan buah ; "Allahhumma bariklanaa fi samarinaa"
Maksudnya : "Ya Allah, berkatilah ke atas buah-buahan ini"

8) Alamak TERLUPA BACA DOA! Relax relax, baca doa ni eh "Bismillahi awwalahu wa akhirohu"
Maksudnya : "Dengan nama Allah di permulaan dan di akhirnya"
*Lepas baca doa terlupa ni, kena baca doa makan pulak tau*

9) Makan dengan menggunakan tangan kanan! Mulakan makan dengan 3 jari (ibu jari, telunjuk, & jari tengah) *sekurang-kurangnya untuk 3 suapan yang pertama*

10) Masa korang dah duduk semeja dengan family korang tu, sebaiknya dahulukan orang yang lebih berumur/berilmu/lebih muda ok.

11) Masa korang makan tu, ada tutup kepala tak? *berkopiah/bertudung* Nabi kita buat tau. ^_^ (sunnah Nabi S.A.W.)

12) Sebaiknya, makan sedikit garam sebelum makan. *guna jari manis untuk mencecah garam*

13) Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. Biasa dengar kan?

14) Makanan dalam pinggan tu MESTI habis & licinkan tau sebab setiap makanan tu berkat.

15) Lepas makan, sisip jari & jilat hujung jari ye. (sunnah Nabi S.A.W.)

16) Erkk! Alhamdulillah, kenyang. =) Baca doa ni tau "Alhamdulillah hillazi atha'manaa wasakonaa wajaa'lanaa minalmuslimin"
Maksudnya : "Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan dan minum, dan yang menjadikan kami di kalangan umat Islam".

17) Dah baca doa lepas makan tu, korang boleh la pergi basuh pinggan. Bibik basuh la zatty. JANGAN SURUH BIBIK BASUH OK. Sebab sesiapa yang membasuh dan membersihkan apa yang dia gunakan, maka akan menyebabkan benda tersebut berdoa pada kita tauuu! Benda tu doa macam mana? Macam ni : "Ya Allah, sepertimana dia bersihkan aku, maka Kau bersihkanlah hatinya" (Hadis Misykat)

Ha amacam? Penat baca? Haha. Chill la. Ilmu ni tau. Selamat beramal ye~ Insyaallah.

p/s : Tahniah pada yang DAH TAHU dan pada yang BARU TAHU. Cause both of you trying to know more about ISLAM. =))


Jemput Makan Semuaaa! ^_^



Dah Intai "THE SECRETHIO"? Jom Klik Like. TY! ^_^