Senarai Blog Saya

Kawan-kawan THE SECRETHIO

Masa Itu Ikan Emas


Get your own Digital Clock

Khamis, 24 Mei 2012

DOA Nampak Makanan vs DOA Ketika Hendak Makan. Ada beza eh?

Assalamualaikum BlogWalking! Mesti ramai yang dah macam sigh lepas baca tajuk entry zatty ni kan. Dah tau eh? *FINE* Haha. Takde la. Zatty tau ramai yang dah tau beza pasal doa-doa tu kan, tapi zatty assume ramai juga tak tau. Pada yang dah tahu tu jangan click button "X" dulu. Baca dulu, maybe ada yang korang tak tahu sebab banyak ilmu yang zatty nak kongsi ni tau. First of all, zatty akan terangkan beza doa-doa tu dengan cara 2 in 1 (By step). Tak paham la zatty. Okai, chill. Just continue reading okai? ^_^

ADAB-ADAB MAKAN :

1) Sebelum nak makan, make sure makanan tu HALAL & BERSIH tau. Bukan BERSIH 3.0 tu. Haha. No politik please. =D

2) Bila korang dah NAMPAK makanan, baca doa ni "Allahumma bariklanaa fimaa rozakhtanaa wakinaa azaabannar".
Maksudnya : "Ya Allah, berkatilah rezeki yang telah Engkau limpahkan kepada kami, dan peliharalah kami daripada azab neraka".

3) Lepas baca doa tu, korang dah rasa nak pelahap kan? Eh, belum boleh makan lagi! Baca doa KETIKA HENDAK MAKAN ni dulu "Bismillahi waa'laa barakatillah"
Maksudnya : "Dengan nama Allah, berkatilah ke atas makanan ini".

4) Biar kita yang tunggu makanan, bukan makanan tunggu kita. (sunnah Nabi S.A.W.)

5) Seelok-eloknya, makanlah secara berjemaah ye. (at least 2 orang)

6) Masa makan tu kena duduk! (sebaik-baiknya sunnah Nabi S.A.W.)

7) Kalau ada buah, seelok-eloknya makan buah dulu & jangan lupa baca doa tau. (sunnah Nabi S.A.W.)
Doa makan buah ; "Allahhumma bariklanaa fi samarinaa"
Maksudnya : "Ya Allah, berkatilah ke atas buah-buahan ini"

8) Alamak TERLUPA BACA DOA! Relax relax, baca doa ni eh "Bismillahi awwalahu wa akhirohu"
Maksudnya : "Dengan nama Allah di permulaan dan di akhirnya"
*Lepas baca doa terlupa ni, kena baca doa makan pulak tau*

9) Makan dengan menggunakan tangan kanan! Mulakan makan dengan 3 jari (ibu jari, telunjuk, & jari tengah) *sekurang-kurangnya untuk 3 suapan yang pertama*

10) Masa korang dah duduk semeja dengan family korang tu, sebaiknya dahulukan orang yang lebih berumur/berilmu/lebih muda ok.

11) Masa korang makan tu, ada tutup kepala tak? *berkopiah/bertudung* Nabi kita buat tau. ^_^ (sunnah Nabi S.A.W.)

12) Sebaiknya, makan sedikit garam sebelum makan. *guna jari manis untuk mencecah garam*

13) Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. Biasa dengar kan?

14) Makanan dalam pinggan tu MESTI habis & licinkan tau sebab setiap makanan tu berkat.

15) Lepas makan, sisip jari & jilat hujung jari ye. (sunnah Nabi S.A.W.)

16) Erkk! Alhamdulillah, kenyang. =) Baca doa ni tau "Alhamdulillah hillazi atha'manaa wasakonaa wajaa'lanaa minalmuslimin"
Maksudnya : "Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan dan minum, dan yang menjadikan kami di kalangan umat Islam".

17) Dah baca doa lepas makan tu, korang boleh la pergi basuh pinggan. Bibik basuh la zatty. JANGAN SURUH BIBIK BASUH OK. Sebab sesiapa yang membasuh dan membersihkan apa yang dia gunakan, maka akan menyebabkan benda tersebut berdoa pada kita tauuu! Benda tu doa macam mana? Macam ni : "Ya Allah, sepertimana dia bersihkan aku, maka Kau bersihkanlah hatinya" (Hadis Misykat)

Ha amacam? Penat baca? Haha. Chill la. Ilmu ni tau. Selamat beramal ye~ Insyaallah.

p/s : Tahniah pada yang DAH TAHU dan pada yang BARU TAHU. Cause both of you trying to know more about ISLAM. =))


Jemput Makan Semuaaa! ^_^



Dah Intai "THE SECRETHIO"? Jom Klik Like. TY! ^_^

2 ulasan:

Kak Bunga berkata...

salam...hai zati..done follow u..feel free to follow me back...hehe http://zatilhulwaniabdullatif.blogspot.com/ ^___^

Zatty Lutfi berkata...

waa'laikumslm. done follow you back dear. Tysm for following me. ^^