Senarai Blog Saya

Kawan-kawan THE SECRETHIO

Masa Itu Ikan Emas


Get your own Digital Clock

Ahad, 27 Mei 2012

Hey, I`m 20 ! -Birthday girl-

Assalamualaikum. Hari ni berapa hari bulan? Cepat tengok kalender! 27 Mei kan. Ada lagi ke yang tak tahu hari ni birthday zatty? Haha. Gaya macam popular sangat je kan. Hey, today is my birthday la. My birthday tau. Hehe! Alhamdulillah, hari ni genap umur zatty yang ke 20 tahun. Umur yang paling digeruni oleh semua makhluk-makhluk bumi yang berumur 19. Hehe. Kenapa digeruni? Ye lah, cuba korang bayangkan umur korang dah masuk puluhan! Bukan belasan lagi tau. Mesti rasa macam "Ya Allah, tua nya aku!". Kan? Tapi memang la, tak di nafikan yang kita ni makin tua, makin berumur, makin berkedut. Makin dekat je dengan panggilan Allah. Satu hakikat yang kita tak boleh elakkan walaupun kita waachaaa sekalipun. =) Zatty buat entry ni special untuk kawan-kawan zatty yang ingat kat zatty dan sudi doakan zatty. Entry ni khas untuk korang! ^_^ Walaupun fesebuk yang ingatkan Haha. Tapi zatty appreciate sangattt! At least korang sudi post kat wall zatty. Aii, post je? Hadiah tak de? Haha. And last but not least, thanks for my sang arjuna sebab dia sentiasa jadi orang pertama yang wish happy birthday kat zatty. =D Walaupun dia tak dapat wish face to face sebab sibuk punya pasal, tapi zatty bersyukur dan happy sesangat sangat dapat wish dari dia. Thanks sayang! (Adoi, bercengkerama pulak kat sini. HAHA) Okai, dah. Jom tengok all the wishes daripada membe zatty kat fesebuk. Jom jomm. 















Dah Intai "THE SECRETHIO"? Jom Klik Like. TY! ^_^

Khamis, 24 Mei 2012

DOA Nampak Makanan vs DOA Ketika Hendak Makan. Ada beza eh?

Assalamualaikum BlogWalking! Mesti ramai yang dah macam sigh lepas baca tajuk entry zatty ni kan. Dah tau eh? *FINE* Haha. Takde la. Zatty tau ramai yang dah tau beza pasal doa-doa tu kan, tapi zatty assume ramai juga tak tau. Pada yang dah tahu tu jangan click button "X" dulu. Baca dulu, maybe ada yang korang tak tahu sebab banyak ilmu yang zatty nak kongsi ni tau. First of all, zatty akan terangkan beza doa-doa tu dengan cara 2 in 1 (By step). Tak paham la zatty. Okai, chill. Just continue reading okai? ^_^

ADAB-ADAB MAKAN :

1) Sebelum nak makan, make sure makanan tu HALAL & BERSIH tau. Bukan BERSIH 3.0 tu. Haha. No politik please. =D

2) Bila korang dah NAMPAK makanan, baca doa ni "Allahumma bariklanaa fimaa rozakhtanaa wakinaa azaabannar".
Maksudnya : "Ya Allah, berkatilah rezeki yang telah Engkau limpahkan kepada kami, dan peliharalah kami daripada azab neraka".

3) Lepas baca doa tu, korang dah rasa nak pelahap kan? Eh, belum boleh makan lagi! Baca doa KETIKA HENDAK MAKAN ni dulu "Bismillahi waa'laa barakatillah"
Maksudnya : "Dengan nama Allah, berkatilah ke atas makanan ini".

4) Biar kita yang tunggu makanan, bukan makanan tunggu kita. (sunnah Nabi S.A.W.)

5) Seelok-eloknya, makanlah secara berjemaah ye. (at least 2 orang)

6) Masa makan tu kena duduk! (sebaik-baiknya sunnah Nabi S.A.W.)

7) Kalau ada buah, seelok-eloknya makan buah dulu & jangan lupa baca doa tau. (sunnah Nabi S.A.W.)
Doa makan buah ; "Allahhumma bariklanaa fi samarinaa"
Maksudnya : "Ya Allah, berkatilah ke atas buah-buahan ini"

8) Alamak TERLUPA BACA DOA! Relax relax, baca doa ni eh "Bismillahi awwalahu wa akhirohu"
Maksudnya : "Dengan nama Allah di permulaan dan di akhirnya"
*Lepas baca doa terlupa ni, kena baca doa makan pulak tau*

9) Makan dengan menggunakan tangan kanan! Mulakan makan dengan 3 jari (ibu jari, telunjuk, & jari tengah) *sekurang-kurangnya untuk 3 suapan yang pertama*

10) Masa korang dah duduk semeja dengan family korang tu, sebaiknya dahulukan orang yang lebih berumur/berilmu/lebih muda ok.

11) Masa korang makan tu, ada tutup kepala tak? *berkopiah/bertudung* Nabi kita buat tau. ^_^ (sunnah Nabi S.A.W.)

12) Sebaiknya, makan sedikit garam sebelum makan. *guna jari manis untuk mencecah garam*

13) Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. Biasa dengar kan?

14) Makanan dalam pinggan tu MESTI habis & licinkan tau sebab setiap makanan tu berkat.

15) Lepas makan, sisip jari & jilat hujung jari ye. (sunnah Nabi S.A.W.)

16) Erkk! Alhamdulillah, kenyang. =) Baca doa ni tau "Alhamdulillah hillazi atha'manaa wasakonaa wajaa'lanaa minalmuslimin"
Maksudnya : "Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan dan minum, dan yang menjadikan kami di kalangan umat Islam".

17) Dah baca doa lepas makan tu, korang boleh la pergi basuh pinggan. Bibik basuh la zatty. JANGAN SURUH BIBIK BASUH OK. Sebab sesiapa yang membasuh dan membersihkan apa yang dia gunakan, maka akan menyebabkan benda tersebut berdoa pada kita tauuu! Benda tu doa macam mana? Macam ni : "Ya Allah, sepertimana dia bersihkan aku, maka Kau bersihkanlah hatinya" (Hadis Misykat)

Ha amacam? Penat baca? Haha. Chill la. Ilmu ni tau. Selamat beramal ye~ Insyaallah.

p/s : Tahniah pada yang DAH TAHU dan pada yang BARU TAHU. Cause both of you trying to know more about ISLAM. =))


Jemput Makan Semuaaa! ^_^



Dah Intai "THE SECRETHIO"? Jom Klik Like. TY! ^_^

Selasa, 22 Mei 2012

Ada ke Doa Wanita Ketika Haid??

Assalamualaikum semua! =))) Hari ni zatty nak kongsi sesuatu yang sangat penting untuk kaum hawa yang ayu lagi jelita sekalian! Normal kan setiap bulan hamba Allah yang bergelar wanita mesti ABC (Allah Bagi Cuti). Masa tu korang ada baca doa tak? Haa jangan tak tahu wujud tau doa masa ABC tu. Apa doanya? Jom sama-sama berlatih baca. Dah ingat nanti senang la nak terus baca kan. =)

"Alhamdulillahi ala kulli halin wa astaghfirullah min kulli zanbin"


Maksudnya : "Segala puji bagi Allah atas segala hal dan Ya Allah aku memohon keampunan kepadaMu dari segala dosa-dosaku."

Apa kelebihan doa ni? Apa yang kita dapat kalau kita baca bila keluar darah haid? ;) Banyak kelebihan yang Allah bagi dekat wanita tau. Okai, jom baca kelebihan-kelebihan doa ni.

1) Sepanjang haid mendapat pahala seperti beribadat.
2) Selamat dari azab neraka.
3) Mendapat pahala 40 orang syahid.
4) Mudah meniti titian sirat.
5) Dimudahkan perjalanan darah haid.

Haaa.. macam mana? Lepas ni nak baca tak? Kalau tak baca, tak dapat la hadiah-hadiah yang Allah dah janjikan tu. Best kan jadi wanita ni. Macam-macam yang kita dapat kan. Jangan lupa amalkan ya! Dan jangan lupa bagi tahu mak, kakak, adik perempuan, saudara-saudara perempuan, kawan-kawan perempuan korang pasal doa ni tau. Tak rugi pun kalau kita kongsi ilmu kan? Sama-sama dapat pahala. SELAMAT BERAMAL~ ^_^


Kalau korang amalkan doa ni insyaallah
senggugut hilang.
Kita yakin dengan Allah, Allah mudahkan kita.
INSYAALLAH. =)



Dah Intai "THE SECRETHIO"? Jom Klik Like. TY! ^_^

Isnin, 21 Mei 2012

Sakit? Penghapus Dosa

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, sekali lagi zatty dapat berSECRETHIO. Korang apa khabar? Sihat? Alhamdulillah. Pada yang sakit tu bersabar la ya? Jangan la asyik maki hamun je. Sakit tu kan penghapus dosa. =) Bukan senang tau nak dapat peluang yang Allah bagi. Kita sakit pun Allah boleh hapuskan dosa. Jadi, korang jangan la senang-senang nak bermaki hamun tau. Karang elok-elok dosa tu dah kurang nanti lagi bertambah pulak. Nak? Isyh, minta simpang la kan. Okai, hari ni zatty nak kongsi sikit ilmu dengan korang semua. Nak tau tak? Apabila seseorang hamba Allah itu jatuh sakit, maka Allah akan mengutuskan 4 orang malaikat tau. Apa tugas- tugas 4 orang malaikat yang Allah utuskan tu? Apa yang malaikat-malaikat Allah tu buat pada hamba Allah yang jatuh sakit? Okai, jom baca ni.

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA.
    Semua orang pernah sakit kan? Biasalah bila kita dah sakit, dah rasa lemah longlai, tak larat nak buka mata, nak bangun dan dengan secara automatiknya kita hilang selera makan. Mulut rasa payau je kan. Kalau makan pun macam tak makan sebab tak rasa apa-apa. Tu sebab malaikat dah ambil selera makan kita.

2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA.
    Dan apabila kita jatuh sakit, mestilah kita pergi klinik dan kita pun dapatlah surat mc dan dengan tidak semena-menanya kita pun melompat-lompat keriangan sebab dapat cuti. Yayyy! TAPI, bila kita dah dapat cuti, tak boleh la nak pergi kerja kan? So, tak de la rezeki yang masuk.

3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH. ( pucat )
    Bila kita dah tak de selera, mc pun dah dapat, muka pun bertukar pucat. Haa macam pantun pulak. Hehe. Jadi jangan lupa la makan ubat. ^_^

4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA.
    Ha yang keempat ni best! Dosa kita malaikat dah ambil! =) Jadi, dosa-dosa kita pun berkurang la kan. Alhamdulillah. Tu la hikmahnya kalau kita sakit.

Saya dah sihat! ^_^

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut.

Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa....





Dah Intai "THE SECRETHIO"? Jom Klik Like. TY! ^_^

Ahad, 20 Mei 2012

Hamster yang Comel Lote ^_^

Assalamualaikum bloggers yang comel lote belako. =) Hari ni zatty nak bagi tahu dan sekaligus mengisytiharkan  bahawasanya zatty dah ada HAMSTER yang comel lote dalam THE SECRETHIO ni. Comel tak? Boleh tengok dekat sidebar sebelah kanan bawah sekali ya. =) Zatty nak minta tolong korang jangan lupa main la dengan hamster tu dan bagi dia makan tau. Jangan malu-malu. Tapi jangan buli tau! Zatty dapat tau siap la, see you in court. Wahh! Haha. Sebenarnya banyak lagi gadget. Zatty pilih hamster sebab nak dekat sama dengan arnab. Zatty nak arnab! Tapi tak de pulak. :( Sebab tu zatty pilih hamster ni. Hehe. Tolong jagakan dia ya. THANK YOU! *lotoflove*

Dah Intai "THE SECRETHIO"? Jom Klik Like. TY! ^_^

Isnin, 14 Mei 2012

Bilakah Kau Akan Ku Milikku?

Assalamualaikum. ^_^ Setiap orang mesti ada benda yang diorang nak kan? Terutama sekali perempuan . Dan aku pun perempuan juga. So banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat benda yang aku nak. Banyak sampai tak boleh nak list! (Amboi, melampau kau ye zaty) Tapi, ada la masa-masa dia. Bukan semua benda yang aku nak tu aku akan dapatkan sekaligus. No no no. Tidak tidak tidak. :) So, hari ini bersaksikan THE SECRETHIO aku ingin menyatakan secara rasminya bahawa aku ingin memiliki sebuah Handphone HTC HD7. Tapi tak tahu la bila. Belum sah lagi jadi milik aku. :D Insyaallah, kalau ada rezeki lebih aku beli lah. Orang cakap kalau dah jodoh tak ke mana kan? ^_^ Ha, korang pernah tengok tak handphone aku tu? (bakal) Kalau belum, meh sini aku tunjuk kat korang handphone yang awesome, elegant, cantik, menarik, tertarik, kau memang de boom! Bukan kau, handphone tu. Heh, perasan! Haha. Ceh tak de la. Gurau je. Watlek ar. Tu pun nak merajuk. O.o


HTC HD7
Awesome kan? ^^



Sebenarnya, handphone tu dah lama dah aku nak beli. Tapi dulu ada masalah sikit. Handphone ni kira first sight lover la sebab first aku tengok handphone ni kat mana tah. Tak ingat dah. -_-' Memang dah lama sangat berkenan. Especially tang kamera dia tu! Warna GOLD babe. Kelas gitu kan! Tak sabar dah aku nak memilikinya! (sambil melompat-lompat macam kanak-kanak riang) Jom cuci mata lagi tengok handphone ni. Tengok yo la yang dapek yo? 


Macam ni agaknya nanti kotak HTC HD7 tu
bila aku beli nanti kan. Tak sabar! 

Cikuuu cakk!
saya dah pun dilahirkan dari kotak di atas. Hehe.


Cantik kan? Nipis je. Tapi besar sikit la.
Ah, idk janji aku nak jugak!






Dah Intai "THE SECRETHIO"? Jom Klik Like. TY! ^_^

Jumaat, 11 Mei 2012

LAGI-LAGI DERA! TAK KESIAN KE?

Assalamualaikum w.b.t. Awak sihat? Awak pulak sihat tak? Alhamdulillah. Kalau tak sihat tu bawa-bawa la diri tu pergi klinik ke hospital ke atau yang sewaktu dengannya ye? ^_^ (amboi cik zaty kita ni kalau bagi nasihat kat orang bukan main lagi kan) Okai, korang dah baca kan tajuk entry aku kali ni? Dah kan? Bagus. Dan aku pun yakin yang korang semua dah tengok pasal latest news kat youtube, fesebuk, twitter, tv1, tv2, tv3, tv9 dan semua tv la yang ada. Penat la aku nak menaip semua. =) So, tak perlu la lagi aku nak ulang banyak kali pasal KES DERA ni. Aku dah tengok dulu video baby kena dera tu kat twitter lepas tu baru keluar kat berita. Memang kesian. Sangat sangat KESIAN kat baby tu. Bukan dekat ibu kandung baby tu ataupun si perakam video tu. Bagi aku cara ibu kandung tu memujuk anak dia yang tengah nangis teresak-esak dengan cara memukul dengan bantal, sepak terajang, cubit, pukul kepala MEMANG SANGAT KEJAM! Dia tak de otak ke apa? Tipu kalau tak de otak! ALLAH dah bagi sorang satu. Kau nak berapa banyak otak? Sepuluh? Dua puluh?? Kalau macam tu baik kau gali lubang pastu campakkan diri kau kat lubang tu. Lagi bagus! Cuba korang tengok gambar baby ni. Apa yang korang rasa?


Memang la korang rasa baby ni comel.
Tapi mesti korang tertanya-tanya kenapa dia menangis kan?



Even baby yang tak de pertalian darah dengan kita pun kita boleh rasa jatuh kesian, ni kan pulak ibu kandung tu sendiri. Apa la nak jadi dunia sekarang ni. Kalau ye pun kau ada masalah peribabi sekalipun, kau tak payah la nak buat macam tu kat anak kau. Ye! Kau nak cakap aku ni pandai cakap je sebab aku tak rasa apa yang kau rasa. Wey, tak kesah la. Aku pun pernah jugak jadi babysitter so aku tau macam mana perangai baby. Biasalah setakat menangis tu. Normal la tu. Tak perlu la kau nak belasah dia. Dalam ISLAM memang ada cara-cara nak ajar anak tapi bukan cara kurang ajar kau tu. Dan aku rasa la kan masa 18 bulan kau dalam penjara tu tak cukup untuk buat kau jadi manusia. Tapi kalau kau keluar nanti kau dah pun insaf, syukur alhamdulillah aku ucapkan. Lepas tu kau pergi la minta maaf dekat anak kau. Last but not least, kalau suatu hari nanti anak kau buat balik dekat kau macam mana kau buat kat dia macam dalam video tu kau jangan tanya kenapa la. Because What you give, you will get back! Wassalam. :)


Tegok baby ni comel je kan.
Kalau kita ajar dia baik-baik, jadilah baik macam ni. :)




Dah Intai "THE SECRETHIO"? Jom Klik Like. TY! ^_^

Khamis, 10 Mei 2012

Sabun Di Bilik Mandi Sabunnnn!

Assalamualaikum semua! :) Eh, awak! Yee awak la. Pandang belakang kenapa? Aiyo amma appa. Kenapa muka tu sedih je? Tak sihat ke? Atau ada problem?? Oo, ada problem. Problem apanya tu? Macam masalah negara je. Haish, tell me whyyyy~~ (haa jgn tutup telinga eh, tau la suara aku tak sedap. Hikhik) "I ada problem la, I sebenarnya dah tak nak pakai deodorant. You tau je la kan deodorant tu memang la boleh buat kita rasa yakin sikit nak hang out dengan membe2. Tapi, sampai bila I nak pakai? Lagipun deodorant tu kan buat I punya armpit jadi hitam tau. I malu la. I dah tak tau macam mana nak hilangkan kehitaman tu. Kadang2 I tengok orang lain tak payah pun nak pakai deodorant bagai, and diorang punya armpit pun putih je.'' Dah habis baca? Tu sebenarnya problem salah seorang membe aku. Tak perlulah aku taip nama dia. Aku cuma nak berkongsi cerita dia sahaja. ^_^ Okai, aku tau majoriti perempuan bermasalah dengan deodorant kan? Betul takkkkkkkk?? Biasalah, kita ni tak kira la lelaki ke perempuan ke semuanya sibuk. Studet, staff or what-so-ever mesti nak kena terkejar sana terkejar sini sana sini siti situ sana sini. HAHA. Tetiba nama siti pulak keluar kan. Korang jangan pening pulak baca entry ni tau. Smilee :). Back to normal zaty! Okai okaiii. Will! I know pagi-pagi sebelum korang pergi mana-mana mesti korang nak kena tepek deodorant kat armpit korang kan. Takut nanti ada pulak bau-bau yang tak menyenangkan. Betul kan? So, lepas ni korang tak payah la kena angkat tangan korang dan meneruskan tabiat tepek menepek deodorant tu. Aku SUGGEST kan korang SABUN-SABUN yang amat berkesan ni, INSYAALLAH. 


BUNGA CHRYSAN
Mengelakkan bau badan, Melembut dan Menghaluskan kulit
Pelembab & Scrub : RM26


Okai fyi, aku, mak aku, kakak aku, and whole my family dah pun guna sabun ni. Sabun ni memang sangat TERBAIK bagi aku. Sebab apa? Sebab function sabun ni memang berkesan sangat sangat sangat. Kalau korang-korang rasa teringin nak cuba, boleh la cari aku kat fesebuk and pm je sebab kadang-kadang kalau orang add aku tak berapa nak approve sangat! Bukan sombong, cuma orang yang add tu kalau aku tak kenal aku tak approve. Untuk keselamatan. :) Ha lagi satu! Sabun ni ada 4 jenis; BUNGA, BUAH, JAMU dan SUSU/BERAS. Buat masa ni sabun SUSU/BERAS tu dah tak de stock. Aku akan upload nanti ye. BYEE! 


BUAH
Mencerahkan kulit, Mengurangkan proses penuaan sel-sel
agar kulit tampak segar dn berseri.
Pelembab & Scrub : RM26


JAMU
Mengembalikan keserian kulit dan kulit tampak halus
dan menarik
Tiada Pelembab!
Scrub SAHAJA : RM13





Dah Intai "THE SECRETHIO"? Jom Klik Like. TY! ^_^

Selasa, 8 Mei 2012

Luahan Hati ♥


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, hari ni aku dapat coretkan luahan hati aku kat THE SECRETHIO ni. Walaupun demam , selsema , batuk , sakit tekak  dan yang sewaktu dengannya tapi aku tetap kuat untuk mencoretkan sedikit luahan hati aku. Okay, semua orang tahukan 13 May ni HARI IBU? Kalau tak tau maknanya korang memang tak peduli la pasal ibu, mak, umie, mommy, mama, ma korang! Isyh, jangan la tak peduli. Nak jadi anak derhaka yang masuk neraka ke? Tak nak kan. ;) First of all, walaupun 13 May belum tiba lagi tapi aku nak ucapkan SELAMAT HARI IBU! Dan semestinya ucapan ni special buat ma yang zaty sayang sangatt! (i'm crying) Ma, walaupun ma mungkin tak perasaan yang hati zaty ni sedikit terguris tapi zaty nak ma tau yang zaty dah maafkan ma. Dah lama dah ma. ;( Dan mungkin ma dah tak nak peduli pasal anak ma ni tapi tak pe, zaty faham. Zaty tak nak mintak apa-apa selain doa dari ma supaya zaty berjaya dunia akhirat. Ma jangan lupa doakan zaty ye? (ye saya menangis sekarang). Ma, ma nak tau tak? Zaty rinduuu sangat nak dengar suara ma. Rindu nak dgr gelak tawa ma. Rindu nak tengok ma bergurau dengan zaty lagi. :D Agak-agak bila ma boleh buat macam tu lagi kat zaty ek? ;'( Ma, dalam dunia ni zaty ada seorang je ibu tau. Dan ibu zaty tu ma! Ma satu-satunya ibu kandung yang dah lahirkan zaty kat dunia ni. Terima kasih ma sbb sudi lahirkan zaty kat dunia ni. :) Tapi kenapa ma dah tak nak cakap ataupun tanya khabar pasal zaty lagi? Ma dah tak sayang zaty ke?? ;'( Maaaa, siapa lagi nak sayang zaty kalau bukan ma? Siapa lagi nak ambil berat pasal zaty kalau bukan ma? Siapa lagi nak buatkan bubur untuk zaty kalau bukan ma? ;(((( (Berhenti taip jap) Ma, zaty harap sangat kita boleh bergurau macam dulu. Maafkan zaty kalau zaty ni anak yang tak berguna bagi ma. I`m sorry!

               
I ALWAYS LOVE YOU MA!

Ni MA saya dan saya sayangg sgt kat dia!



Dah Intai "THE SECRETHIO"? Jom Klik Like. TY! ^_^