Assalamualaikum w.b.t. Awak sihat? Awak pulak sihat tak? Alhamdulillah. Kalau tak sihat tu bawa-bawa la diri tu pergi klinik ke hospital ke atau yang sewaktu dengannya ye? ^_^ (amboi cik zaty kita ni kalau bagi nasihat kat orang bukan main lagi kan) Okai, korang dah baca kan tajuk entry aku kali ni? Dah kan? Bagus. Dan aku pun yakin yang korang semua dah tengok pasal latest news kat youtube, fesebuk, twitter, tv1, tv2, tv3, tv9 dan semua tv la yang ada. Penat la aku nak menaip semua. =) So, tak perlu la lagi aku nak ulang banyak kali pasal KES DERA ni. Aku dah tengok dulu video baby kena dera tu kat twitter lepas tu baru keluar kat berita. Memang kesian. Sangat sangat KESIAN kat baby tu. Bukan dekat ibu kandung baby tu ataupun si perakam video tu. Bagi aku cara ibu kandung tu memujuk anak dia yang tengah nangis teresak-esak dengan cara memukul dengan bantal, sepak terajang, cubit, pukul kepala MEMANG SANGAT KEJAM! Dia tak de otak ke apa? Tipu kalau tak de otak! ALLAH dah bagi sorang satu. Kau nak berapa banyak otak? Sepuluh? Dua puluh?? Kalau macam tu baik kau gali lubang pastu campakkan diri kau kat lubang tu. Lagi bagus! Cuba korang tengok gambar baby ni. Apa yang korang rasa?
Memang la korang rasa baby ni comel. Tapi mesti korang tertanya-tanya kenapa dia menangis kan? |
Even baby yang tak de pertalian darah dengan kita pun kita boleh rasa jatuh kesian, ni kan pulak ibu kandung tu sendiri. Apa la nak jadi dunia sekarang ni. Kalau ye pun kau ada masalah peribabi sekalipun, kau tak payah la nak buat macam tu kat anak kau. Ye! Kau nak cakap aku ni pandai cakap je sebab aku tak rasa apa yang kau rasa. Wey, tak kesah la. Aku pun pernah jugak jadi babysitter so aku tau macam mana perangai baby. Biasalah setakat menangis tu. Normal la tu. Tak perlu la kau nak belasah dia. Dalam ISLAM memang ada cara-cara nak ajar anak tapi bukan cara kurang ajar kau tu. Dan aku rasa la kan masa 18 bulan kau dalam penjara tu tak cukup untuk buat kau jadi manusia. Tapi kalau kau keluar nanti kau dah pun insaf, syukur alhamdulillah aku ucapkan. Lepas tu kau pergi la minta maaf dekat anak kau. Last but not least, kalau suatu hari nanti anak kau buat balik dekat kau macam mana kau buat kat dia macam dalam video tu kau jangan tanya kenapa la. Because What you give, you will get back! Wassalam. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan