Senarai Blog Saya

Kawan-kawan THE SECRETHIO

Masa Itu Ikan Emas


Get your own Digital Clock

Isnin, 21 Mei 2012

Sakit? Penghapus Dosa

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, sekali lagi zatty dapat berSECRETHIO. Korang apa khabar? Sihat? Alhamdulillah. Pada yang sakit tu bersabar la ya? Jangan la asyik maki hamun je. Sakit tu kan penghapus dosa. =) Bukan senang tau nak dapat peluang yang Allah bagi. Kita sakit pun Allah boleh hapuskan dosa. Jadi, korang jangan la senang-senang nak bermaki hamun tau. Karang elok-elok dosa tu dah kurang nanti lagi bertambah pulak. Nak? Isyh, minta simpang la kan. Okai, hari ni zatty nak kongsi sikit ilmu dengan korang semua. Nak tau tak? Apabila seseorang hamba Allah itu jatuh sakit, maka Allah akan mengutuskan 4 orang malaikat tau. Apa tugas- tugas 4 orang malaikat yang Allah utuskan tu? Apa yang malaikat-malaikat Allah tu buat pada hamba Allah yang jatuh sakit? Okai, jom baca ni.

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA.
    Semua orang pernah sakit kan? Biasalah bila kita dah sakit, dah rasa lemah longlai, tak larat nak buka mata, nak bangun dan dengan secara automatiknya kita hilang selera makan. Mulut rasa payau je kan. Kalau makan pun macam tak makan sebab tak rasa apa-apa. Tu sebab malaikat dah ambil selera makan kita.

2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA.
    Dan apabila kita jatuh sakit, mestilah kita pergi klinik dan kita pun dapatlah surat mc dan dengan tidak semena-menanya kita pun melompat-lompat keriangan sebab dapat cuti. Yayyy! TAPI, bila kita dah dapat cuti, tak boleh la nak pergi kerja kan? So, tak de la rezeki yang masuk.

3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH. ( pucat )
    Bila kita dah tak de selera, mc pun dah dapat, muka pun bertukar pucat. Haa macam pantun pulak. Hehe. Jadi jangan lupa la makan ubat. ^_^

4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA.
    Ha yang keempat ni best! Dosa kita malaikat dah ambil! =) Jadi, dosa-dosa kita pun berkurang la kan. Alhamdulillah. Tu la hikmahnya kalau kita sakit.

Saya dah sihat! ^_^

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut.

Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa....





Dah Intai "THE SECRETHIO"? Jom Klik Like. TY! ^_^

2 ulasan:

Prince of Noob berkata...

terima kasih atas perkongsian... btw awak ni cute laa... done follow - http://buasirotak.blogspot.com

Zatty Lutfi berkata...

Sama-sama. =) Anda 50 kali ganda cute dari saya. Hehe. Thanks follow ya. ;)